top of page
Rihana.jpg

MENGENAI KAMI

Zon MEGAT PANJI ALAM adalah zon ke - 10 dalam senarai zon - zon EKSA Majlis Perbandaran Bentong (MPB).

Terletak di bangunan annex MPB yang menempatkan semua jabatan - jabatan teknikal, zon kami terletak di tingkat atas bangunan ini.

 

Kakitangan zon ini berjumlah 10 orang semuanya yang terdiri daripada Arkitek, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa, Penolong Jurutera, Pembantu Penguatkuasa, Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi.

 

Teras tugasan zon ini adalah di bidang teknikal. Tugasan kami berkaitan dengan kawalan pembangunan daerah Bentong iaitu pengawalan ke atas pembinaan bangunan - bangunan, samada skim perumahan, skim bangunan perniagaan, rumah - rumah persendirian, dan apa - apa juga jenis binaan bangunan yang tertakluk dalam Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133).  

 

Zon ini juga menempatkan Bahagian Rekabentuk, yang mengendalikan tugasan berkaitan kerja - kerja rekabentuk bangunan baru yang dikendalikan oleh MPB.  

bottom of page